Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.# melayu boleh" "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.# melayu boleh" "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.# melayu boleh" "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.# melayu boleh" "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.# melayu boleh" "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.# melayu boleh" "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.# melayu boleh" "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.# melayu boleh" "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.# melayu boleh" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.# melayu boleh" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.# melayu boleh" "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.# melayu boleh"

Kisah Wanita Tukang Rasa Makanan Hitler



Wanita ini pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti. Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet. Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.

Wanita ini pernah merasai hidup di zaman Adolf Hitler dan bekerja sebagai tukang rasa makanan


Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.
Tidak tergambar siksanya bagi sesiapa sahaja yang pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Margot Woelk



Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Setelah beberapa bulan selepas ulang tahunnya yang ke-95, dia menceritakan perihal pekerjaannya semasa perang dahulu, yakni sebagai tukang rasa makanan untuk Hitler.

Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.



“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.
Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.
[Read More...]


Suku Kaum Yang Tiada Lubang Hidung



Sememangnya perkara ini kedengaran pelik tetapi itulah kebenarannya. Satu suku kaum di India sebetulnya lahir dalam keadaan normal tetapi mereka sendiri yang mengubahsuai hidung dan menjadikan hidup mereka ‘tersiksa’ tanpa lubang hidung.

Bernafas melalui mulut…sanggupkah anda?

Tradisi pelik ini yang hanya diamalkan oleh kaum wanita suku India dari kumpulan Apatani terpaksa mengharungi kepayahan bernafas kerana hidung mereka ‘dipaksa’ tutup atau disumbat. Inilah antara budaya pelik kaum tersebut.

Hidung disumbat manakala wajah ditatu sehingga kelihatan hodoh

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh itu lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi disumbat ke dalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.

Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.


Bukan itu sahaja, satu tatu juga dilukis bermula dari dahi hingga ke dagu sehingga pihak wanita dari suku India ini kelihatan hodoh. Ada sebab mengapa mereka mengamalkan budaya pelik ini…

Sebenarnya, budaya pelik seperti ini dilakukan kerana sebelum budaya ini dicipta, kaum wanita dari suku India kumpulan Apatani ini sering diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka.

Oleh yang demikian, bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa, tindakan menghodohkan mereka adalah jalan yang terbaik buat mereka. Mungkin dengan cara menghodohkan wajah ini kaum wanita tidak lagi menjadi buruan atau mangsa rogol.

Namun, kini budaya tersebut sudah tidak diamalkan lagi. Wanita Apatani lahir sejak tahun 1970, tidak lagi bersedia untuk meneruskan tradisi mengerikan seperti itu. Dengan arus kemodenan pada zaman sekarang, hanya warga tua sahaja yang mengamalkan amalan ini dan kerajaan mereka juga sudah pun menghapuskan adat yang benar-benar menyiksakan ini.

Macam-macam benda pelik manusia lakukan tetapi amalan seperti ini pastinya sangat menyusahkan kerana mereka terpaksa bernafas melalui mulut dan wajah menjadi pelik. Tetapi itulah realitinya…
[Read More...]


10 Tempat Paling Beracun Di Dunia



10. Karachay




Karachay, sebuah danau kecil yang terletak di pegunungan Ural di Rusia Barat, adalah rumah bagi pembuangan limbah nuklir , situs ini telah dinayatakan tempat paling tercemar di bumi. Pada awal 1950-an, Uni Soviet mulai membuang limbah radioaktif dari Mayak, penyimpanan limbah nuklir dan fasilitas pemrosesan kembali di Ozyorsk, ke Danau Karachay. Bertahun-tahun kemudian, Worldwatch Institute limbah nuklir memberi predikat area ini "tempat paling tercemar di Bumi." Tingkat Radiasi di danau sangat tinggi, jangan coba-coba berlama-lama karena satu jam saja bisa mematikan. Tingkat Akumulasi radioaktivitas sekitar 4,44 exabequerels (EBq) dengan 3,6 EBq dari Cesium-137 dan 0,74 EBq dari Strontium-90. Untuk memberikan perspektif yang lebih baik tentang beracunnya Karachay adalah, bencana Chernobyl 1986 berkisar antara 5 sampai 12 Ebq radioaktivitas terkonsentrasi.


9. Aral Sea



Laut Aral, yang terletak di Kazakhstan, Uzbekistan, adalah salah satu dari empat danau terbesar dunia hingga perairan itu dialihkan untuk proyek-proyek irigasi Uni Soviet. Pada tahun 2007, Laut Aral menyusut menjadi hanya 10% dari ukuran aslinya dan dibagi menjadi empat cekungan. Kerusakan yang dihasilkan ke daerah sekitar laut itu serempak mengancam kehidupan ekonomi, ekosistem, dan orang-orang yang tinggal dekat danau. Bahan kimia beracun dari pengujian senjata, proyek industri, pestisida, dan pupuk disapu oleh angin ke tanah di dekatnya dan sekitarnya. Orang-orang di dekatnya tidak hanya menderita kekurangan air tawar tapi juga kanker, penyakit paru-paru, gangguan pencernaan, TBC resisten terhadap antibiotik, hati, mata, dan kelainan ginjal, dan tentu saja, tingkat kematian yang luar biasa tinggi. Untuk memperburuk masalah, garam dari danau tidak hanya beracun namun memiliki salinitas yang lebih tinggi dari air laut, dengan tingkat dari apa yang tersisa dari Aral Selatan lebih dari 100g /L versus salinitas air laut dari 35 g / L. Dataran besar yang dulunya laut, menyebabkan badai debu beracun dan menimbulkan kerusakan pada tanaman dan manusia. Parahnya lagi, Laut Aral diduga berkontribusi terhadap pemanasan global.



8. Fresh Kills Landfill



Staten Island adalah wilayah New York City, rumah untuk hampir setengah juta orang, tapi juga rumah bagi apa yang pernah disebut pembuangan sampah terbesar yang dikenal manusia. Pada tahun 1947, sampah dari New York City dan kota satelit sekitarnya diangkut ke muara Fresh Kills terletak di Barat Staten Island. TPA itu seharusnya hanya solusi sementara untuk apa yang akan menjadi masalah sampah lama. Selama paruh kedua abad ke-20, situs ini berkembang menjadi 2.200 hektar sampah ditumpuk 25 meter lebih tinggi dari Patung Liberty. Selama beberapa dekade, pergolakan tikus, anjing liar, dan binatang parasit lain tinggal di Fresh Kills, memakan bangkai-bangkai dan mengejar pekerja TPA. Pada tanggal 22 Maret 2001, Badan Perlindungan Lingkungan menutup Fresh Kills (dan dibuka kembali sebentar pasca 9 / 11 untuk menampung sisa-sisa Ground Zero.) Hebatnya, hanya dua tahun setelah penutupan, tingkat pertumbuhan untuk lahan basah danmembuat sebuah taman publik diresmikan, dibungkus dalam rencana 30 tahun untuk memasukkan ruang untuk jalan alam, acara komunitas, kegiatan outdoor, dan bidang olahraga. Waspadalah jika Anda berencana piknik di Fresh Kills dan menonton tikus pembawa penyakit. Oh dan ingat bau gas metana yang dilepaskan dari sampah terurai di bawah kaki Anda.



7. Yamuna River



Yamuna terletak di India dan mengalir dari Gletser Yamunotri terletak di Himalaya Bawah dan persediaan air untuk 57 juta orang. Sebagai salah satu cabang sungai terbesar Sungai Gangga, panjang Yamuna sekitar 855 mil melalui Cekungan Gangga ke seluruh tempat-tempat seperti Uttarakhand, Haryana, Uttar Pradesh, Himachal Predesh, dan ke Delhi. Yamuna dianggap sakral oleh umat Hindu dan berenang di Yamuna dipercaya bisa bebas dari siksaan kematian. Sebuah tes air cepat dapat menyebabkan orang untuk berpikir ulang. Yamuna memiliki "kualitas air cukup baik" kecuali Anda berada di hilir dari Wazirabad. Sejak saat itu, pupuk berlebihan, saluran air limbah, sampah, herbisida, pestisida, dan komersial atau industri telah mencemari sungai. Lebih parahnya sekitar 58% limbah Delhi mengalir ke sungai ini. Masih mau berenang?



6. La Oroya



La Oroya secara harfiah sebuah kota peleburan tambang yang terletak di Andes Peru. Sejak 1922, tua muda di La Oroya menghirup emisi beracun dan tinggal di limbah beracun yang diciptakan oleh pabrik smelter poli-logam yang dimiliki oleh sebuah perusahaan yang berbasis di Missouri bernama Doe Run Corporation. La Oroya tidak hanya dikenal sebagai tempat berpolusi udara paling tinggi di dunia tetapi juga kandungan darah yang tinggi pada anak-anak disana. 66% anak-anak yang berlari dan bermain di La Oroya memiliki tingkat darah yang melebihi batas yang dapat diterima untuk memenuhi syarat untuk keracunan timbal. Perusahaan dilaporkan diharapkan untuk mengurangi emisi dan membersihkan sisa kontaminasi. Antara lain membantu anak-anak miskin yang meninggal atau sekarang hidup menderita dengan hati, tulang, usus, sistem reproduksi, perilaku, dan sistem saraf yang disebabkan oleh keracunan timah!


5. Kabwe


Kabwe-Ka Mukuba diterjemahkan menjadi "bijih" atau "peleburan" adalah tambang terletak di Zambia. Meskipun Kabwe outgrew nama lamanya yaitu Broken Hill, tambang diberi predikat salah satu tempat terburuk di Bumi. Awalnya adalah kompleks pertambangan terbesar, sekarang Kabwe adalah daratan tandus. Setelah semua, seng timbal, perak, mangan, vanadium kadmium,, dan titanium diekstraksi dari Kabwe, Institut Blacksmith menemukan Broken Hill menjadi lebih dari rusak. Tampaknya tailing logam berat (atau batuan sisa) dari tambang, terutama seng dan timah, meracuni pasokan air, mempengaruhi hampir 210.000 orang. Selain itu, timbal dan kadmium telah diserap di daerah sekitar tambang, sehingga tanaman tidak dapat tumbuh. Konsentrasi tingkat timbal dalam darah pada anak-anak dari Kabwe sepuluh kali lebih tinggi dari standar US Environmental Protection Agency. Satu-satunya berita baik dari seluruh kekacauan ini adalah tambang secara resmi telah ditutup. Berita yang lebih baik adalah tahun 1921 ditemukan sebuah tengkorak manusia yang dikenal sebagai Broken Hill Man atau Man Rhodesia, diklasifikasikan sebagai Homo rhodesiensis atau heidelbergensis Homo.


4. West Virginia Mountaintop Removal Mining


Pertambangan ini adalah salah satu yang paling merusak lingkungan, untuk mencari batubara puncak Pegunungan Appalachian Virginia Barat diledakkan. Proses pemindahan puncak gunung dimulai dengan penebangan kayu, pengerukan tanah, dan membuat jalan bagi sebuah dragline senilai 8 juta pound untuk mendorong melalui batu untuk sampai ke batubara. Mesin kemudian menggali lapisan atas lapisan batubara dan membuang sisa-sisa gunung bekas (tepat disebut "tanah") ke dalam lembah, menghalangi lebih dari 1.200 mil hulu sungai dan sungai Appalachian. Proses erosi pun terjadi karena puncak gunung telah gundul, sampai saat ini puncak tersebut belum ditumbuhi tanaman.


3. Dzerzhinsk



Dzerzhinsk adalah satu-satunya tempat dimana angka kematian lebih besar dari angka kelahiran dengan 260 persen selama tahun 2003. Terletak di Nizhy Novgorod Oblast, Rusia sepanjang Sungai Oka, di sekitar 250 mil timur Moskow, Dzerzhinsk adalah tempat yang paling tercemar kimia di Bumi menurut Guinness Book of World Records. Sebagai lokasi produksi utama senjata kimia Rusia, Dzerzhinsk sekarang rumah bagi sekitar 300.000 ton limbah kimia dibuang antara 1930 sampai 1998. Institut Blacksmith menemukan selama studi 2007 bahwa harapan hidup untuk laki-laki adalah 42 tahun dan 47 tahun untuk wanita, bahan kimia dari dioxin, sarin, leeisite, mustard belerang, hidrogen sianida, fosgen, timbal, fenol, dan bahan kimia lainnya memenuhi udara dan air kota. Selain itu, Komite Ekologi dari Duma Rusia memasukkan peringkat Dzerhinksk sebagai salah satu kota sepuluh besar dengan kondisi ekologi bencana tetapi administrasi kota mengklaim sebaliknya. Pejabat lokal bersikeras bahwa tingkat polusi tidak terlalu tinggi. Tes Air, bagaimanapun, mengungkapkan tingkat pencemaran air 17 juta kali lebih tinggi dari tingkat yang diberikan aman menurut standar EPA.


2. Matanza-Riachuelo River Basin


Sungai Matanza-Riachuelo adalah sungai sepanjang 64 kilometer dan rumah dari 3,5 juta orang. Sayangnya, orang-orang di sepanjang Matanza hanya memiliki satu sumber air, langsung dari tempat yang identik dengan polusi. The Matanza diisi dengan pipa pembuangan limbah ilegal pengeringan langsung ke sungai. Selain itu, bersama aliran Mantanza-Riachuelo adalah 13 lokasi kumuh dan 42 lokasi pembuangan sampah terbuka. Warga dan turis telah melaporkan bau kuat dilepaskan dari residu kimia dan gas metana dari Sungai. Laporan dikumpulkan dari Institut Blacksmith selama tahun 2007 dan Matanza-Riachuelo menempati peringkat pada daftar "Thirty Dirty" tempat yang paling tercemar di dunia.


1. Japan


Kekhawatiran konstan dan laporan yang bertentangan dari berbagai belahan dunia telah menyebabkan kebingungan massa selama proses mimpi buruk bencana radioaktif di Jepang, akibat gempa bumi 11 Maret 2011 dan tsunami. Perjalanan sejarah berubah ketika PLTN Fukushima Jepang yang berlokasi di kota-kota Okuma dan Futaba di Prefektur Fukushima Futaba, Jepang, mengalami kebocoran radioaktif. Dengan krisis mengakibatkan kerugian $ 300.000.000.000, ancaman bawah tanah dalam bentuk gempa susulan, musim topan yang akan datang, dan, tentu saja, tingkat radiasi yang naik, hal-hal di planet ini tidak akan sama. Lebih buruk lagi adalah dalam radius 20 kilometer wilayah tersebut harus dikosongkan dan siapapun yang mendekatinya akan ditangkap.
[Read More...]


Hukuman Mati Guna Meriam Awal 1900 Di Iran.



meriam

Hukuman bunuh yang agak kejam dan ngeri. Dimana pesalah akan diikat dengan tali pada salah satu roda dan diletakkan menbelakangi mucung meriam itu. Selepas itu satu tembakan akan dilepas kan kepada persalah. Hasilkan hanya tinggal hanya zarah kecil daging yang hancur berkecai.
[Read More...]


Gajet Canggih : iTray ganti pelayan restoran



Syarikat makanan Jepun itu melancarkan iTray termasuk menu burger baru mereka.


Pelayan menggerakkan iTray menggunakan iPad untuk menghantar hidangan makanan ke meja pelanggan.

iTRAY ini direka bagi meringankan bebanan pelayan restoran selain menjimatkan masa seseorang pelanggan untuk menunggu hidangan yang dipesan sampai ke meja mereka.

iTray ciptaan sebuah rangkaian restoran Yo! Sushi di London, Britain, menampilkan penggunaan dulang dilengkapi helikopter mini bagi mempercepatkan penghantaran makanan ke meja pelanggan.

Alat canggih dikawal dengan iPad ini, mempunyai empat pemutar dan boleh bergerak sehingga 40 kilometer sejam atau enam kali lebih pantas daripada pergerakan pelayan biasa.

CEO Yo! Sushi, Robin Rowland berkata dalam laporan MailOnline, pihaknya akan mempraktikkan penggunaan iTray di 64 cawangan restorannya di seluruh Britain bermula tahun depan.

Sementara itu, pelayan restoran, Gabriella Micu, 28, berkata iTray menjadi salah satu tarikan kepada pelanggan yang mengunjungi Yo! Sushi selain mempercepatkan proses penghantaran makanan yang dipesan.
[Read More...]


8 Rahsia Bawang Putih




1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

sumber:imi.gov.my
[Read More...]


Taman Yang Bertukar Menjadi Tasik Ketika Musim Panas.



"Green Lake", adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab. Semasa musim sejuk, tasik hanya berkedalaman 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah sebuah taman kegemaran untuk pejalan kaki.

Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada gunung mula cair dan mengalir ke bawah lembangan. Air tasik mula meninggi sehingga menenggelam seluruh kawasan termasuk taman. Semasa musim panas, tasik mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.

Suhu tasik agak sejuk pada 4-8 ° C, tetapi ia popular di kalangan penyelam yang boleh melihat padang rumput hijau dalam zon pinggir tasik terutamanya pada bulan. Rumput alpine dan bunga padang rumput kelihatan berkembang penuh di bawah air. Bahkan para penyelam boleh melihat bangku, jambatan dan denai berjalan.

Bermula Julai, air tasik mula menurun dan pada musim sejuk, tasik kembali ke saiz asal dan taman akan menjadi seperti sedia kala dan sesuai untuk pejalan kaki.














[Read More...]


Lelaki Iran Terselamat Daripada Hukuman Gantung



Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.





[Read More...]


Rumah Sempit Yang Direka Dengan Bijak Di Jepun



Di kebanyakan bandaraya-bandaraya besar di seluruh dunia, antara yang menjadi masalah merumitkan adalah tentang perumahan kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mereka ruang kediaman yang lebih efisien dalam penjimatan ruang. Di Jepun contohnya, arkitek Shintaro Fujiwara dan Yoshio Muro dari Fujiwaramuro Architects telah mereka rumah sempit yang selesa didiami di atas tanah sekecil 37 meter persegi. Bertempat di daerah Hyogo di Jepun, antara ciri istimewa pada rumah sempit ini ialah pada bahagian facade yang dihiasi daripada bahan binaan kayu.

Rumah setinggi tiga tingkat ini dilengkapi dengan dua buah bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik stor dan juga garaj. Selain itu ianya juga dilengkapi dengan skylights yang berfungsi menjimatkan elektrik dengan menyediakan pencahayaan semulajadi ke dalam rumah.





















[Read More...]


Helikopter didakwa terkecil di dunia



Saiz NANO-FALCON berbanding tetikus komputer.

TOKYO - Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun membina helikopter yang didakwa terkecil di dunia. Dinamakan NANO-FALCON, pesawat mini tersebut dibina oleh firma CCP Co.

NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah.

Panjang helikopter itu hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram.

Barangan permainan tersebut dijual pada harga sekitar AS$46.

NANO-FALCON boleh diterbangkan untuk lima minit selepas dicaj selama setengah jam.

Helikopter tersebut yang diperkenalkan pada Pameran Alat Permainan Antarabangsa di sini semalam boleh juga dicaj menggunakan portal USB. - Agensi


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_05.htm
[Read More...]


Pelik! Rituaal Mandi Air Ludah




Berumur ratusan tahun di India mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling di sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Hal itu dipercayai mereka dilakukan untuk menghilangkan penyakit. Yang unik, meski ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masyarakat pelaku ritual ini tetap tak mau berhenti melakukan ritualnya. 

Ritual ini sendiri disebut Made Snana atau Mandi Ludah , yakni ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar udupi.




Sebagai sebahagian dari ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para Brahmin, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka di sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.Festival rutin ini diikuti hingga 25,000 orang yang berguling di 'sisa makanan' para Brahmana. 

Sementara, di sisi lain, ada sebahagian Dalit yang tergabung dalam Pertubuhan Kebajikan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima. Jika memang boleh menyembuhkan penyakit secara berkesan, seharusnya kerajaan pusat menutup rumah sakit dan lembaga kesihatan formal yang lain.


Sedangkan pihak yang memprotes lain menganggap tradisi ini tak berbeza jauh kejahatannya dengan tradisi sati dimana para janda dibakar saat pengebumian suaminya.Bahkan menteri social dan kesejahteaan, A. Narayanaswamy, yang juga seorang Dalit, mengatakan bahawa tak ada toleransi bagi ritual ini. Ia tak peduli kasta mana yang berguling atau kasta mana yang membuang makanan, ritual ini tetap menjadi sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikan. 

Penjelasan akan ritual aneh ini pun dijelaskan oleh salah satu pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva. Menurutnya, Snana tak ada hubungannya dengan pembahagian kasta. "Para Brahmin yang makan dianggap sebagai perwakilan dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana saat umur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh. 

Beberapa pihak meyakini bahawa ada kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka dapatkan. 

Sementara debat mengenai ritual ini terus berjalan, ternyata satu-satunya cara untuk mengehentikan ritual ini adalah dengan mengubah keyakinan para pengikutnya yang tentunya memerlukan masa lama untuk meyakininya.
[Read More...]


Benar atau Tidak? Untuk Renungan Bersama



Inilaha adalah karya daripada orang barat. Bukan untuk provok tapi untuk kita sama-sama merungkai fakta atau auta berkenaan apa yang di rakam di dalam kartun ini.


[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

CK Free Auto Backlink Melayu Boleh Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors